.png)
Visi
Menjadi ekosistem ilmu dan inovasi yang lestari, berpaksikan iman, akhlak, dan kesejahteraan masyarakat.
Misi
Mendidik minda, membina industri, dan menginspirasikan perubahan melalui sains, pendidikan, teknologi, dan nilai etika Islam.
Kisah Kami
OpenTech lahir daripada kesedaran bahawa Kelantan mempunyai bakat besar tetapi kurang peluang dan pendedahan dalam bidang teknologi serta inovasi. Tujuan utamanya ialah mendidik masyarakat , terutama generasi muda agar berani berfikir, mencipta dan memimpin.
Sebagai sebuah usaha sosial, OpenTech berusaha menjadikan Kelantan bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pusat ilmu dan inovasi yang menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara. Melalui gabungan pendidikan, sains dan nilai Islam, OpenTech mahu melahirkan individu berfikiran kritis yang mampu membina sistem, menyelesaikan masalah dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Dengan izin Allah, OpenTech komited membina jambatan antara ilmu, teknologi dan iman, agar Kelantan menjadi contoh bahawa kemajuan sebenar terhasil apabila ilmu dan akhlak bergerak seiring.
Team Kami
Akan Datang